Koleksi lapan album Sheila Majid dalam seunit vinyl cuma berharga RM1,599 - Utusan Malaysia

Koleksi lapan album Sheila Majid dalam seunit vinyl cuma berharga RM1,599

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kesemua lapan album Datuk Sheila Majid kini boleh didapati dalam format vinyl dengan harga RM1,599 seunit.

Universal Music Malaysia bersama PMP Entertainment mengumumkan pelancaran eksklusif piring hitam atau vinyl itu bersempena ulang tahun ke-40 pembabitan penyanyi tersohor tersebut dalam industri muzik.

Pelancaran bersejarah ini turut mencatat pencapaian baharu dalam industri muzik tanah air apabila Sheila Majid muncul sebagai artis pertama negara yang memiliki koleksi vinyl sendiri.

Menurut Pengarah Kanan A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, ramai peminat sering bertanya bilakah album penyanyi berkenaan akan dikeluarkan dalam format vinyl.

“Ia diharap dapat mengimbau kenangan peminat yang membesar dengan lagu-lagu Datuk Sheila Majid serta perjalanan seninya,” katanya.

Lebih istimewa, hanya 300 set ditawarkan kepada peminat, menjadikannya koleksi yang sangat eksklusif.

Pra-tempahan dibuka pada 23 September 2025, jam 12.00 tengah hari, dengan harga istimewa RM1,499.00, manakala harga biasa selepas itu ialah RM1,599.00.

Vinyl edisi terhad ini akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN