Kini sedar Rahul watak lelaki 'red flag' dalam Kuch Kuch Hota Hai - Kajol - Utusan Malaysia

Kini sedar Rahul watak lelaki ‘red flag’ dalam Kuch Kuch Hota Hai – Kajol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Filem sulung arahan Karan Johar, Kuch Kuch Hota Hai yang dibintangi Shah Rukh Khan dan Kajol pernah mencetuskan fenomena pada tahun 1998 serta mengukuhkan pasangan itu sebagai antara gandingan layar perak paling serasi dalam sejarah Bollywood.

Bagaimanapun, selepas lebih dua dekad, pelakon utama filem berkenaan, Kajol mendedahkan sekiranya dia diberi peluang untuk mengarah semula karya ikonik itu, ada satu perkara penting yang akan diubah.

Dalam satu wawancara bersama Shubhankar Mishra, Kajol berkata, perubahan utama yang akan dilakukannya ialah cara watak Rahul (lakonan Shah Rukh Khan) jatuh cinta dengan wataknya, Anjali.

“Untuk zaman itu, Kuch Kuch Hota Hai memang sempurna. Tetapi hari ini, ramai termasuk saya baharu sedar dan melihat Rahul sebagai lelaki yang dianggap ‘red flag’.

“Kalau saya mengarah filem itu semula, saya akan ubah cara Rahul jatuh cinta, bukan kerana Anjali tampil dalam penampilan sari, tetapi kerana dia menjadi dirinya sendiri ketika bermain bola keranjang dengan pakaian sukan,” katanya.

Bagaimanapun, Kajol tetap menegaskan Kuch Kuch Hota Hai sarat dengan babak indah yang masih segar di ingatan penonton.

Dalam temu bual sama, Kajol turut ditanya mengenai perselisihan faham lamanya dengan Karan Johar ketika filem Ae Dil Hai Mushkil dan Shivaay arahan suaminya, Ajay Devgn ditayangkan serentak.

Persengketaan itu pernah berlarutan sehingga Karan menulis mengenainya dalam autobiografi An Unsuitable Boy.

Namun, kedua-duanya akhirnya berdamai dan Kajol beberapa kali muncul dalam rancangan bual bicara popular Karan, Koffee with Karan.

Mengulas lanjut, Kajol berkata perselisihan adalah lumrah dalam persahabatan, malah hubungan mereka kini lebih kukuh daripada sebelumnya.

“Saya rasa pergaduhan antara kawan adalah perkara biasa. Apa yang penting ialah bagaimana kita keluar daripada masalah itu. Hubungan yang pernah retak, bila diperbaiki, menjadi lebih kuat dan indah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN