Tidak takut suami curang, Anzalna Nasir percaya segalanya hanya pinjaman Allah - Utusan Malaysia

Tidak takut suami curang, Anzalna Nasir percaya segalanya hanya pinjaman Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pempengaruh jelita tanah air, Anzalna Nasir, mendedahkan, dia tidak takut sekiranya suaminya berlaku curang kerana percaya segala yang dimiliki hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT.

Menurut Anzalna, sebagai manusia, setiap insan perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan kerana kehidupan ini tidak kekal abadi.

“Saya percaya segala yang kita ada dalam hidup ini hanyalah pinjaman daripada Allah. Sebab itu kita mesti sentiasa bersedia untuk apa sahaja.

“Tidak kira sejauh mana kita berusaha untuk mempertahankan sesuatu, jika ia bukan untuk kita, ia tidak akan pernah menjadi milik kita.

“Ya, memang menyakitkan dan kita boleh rasa kecewa. Namun, jodoh, ajal dan maut semuanya terletak di tangan Allah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, seorang pengikut Anzalna di media sosial memetik kenyataan pelakon tersebut semasa membuat sesi live di Tiktok baru-baru ini.

Menurut individu yang menggunapakai nama Norja_371 di Threads, dia bersetuju dengan pandangan Anzalna berhubung isu wanita perlu pandai berdikari.

“Saya dengar Anzalna Live. Dia kata dia tak takut pun kalau suami curang. Sebab dia sangat berdikari.

“Ada kereta, rumah, duit sendiri. Saya sangat bersetuju dengan dia sebab saya pun sepertinya. Tetapi sebagai orang tua, lebih baik kita simpan pendapat kita. Kalau orang tanyq, jangan cakap, istighfar sahaja supaya dielakkan dari ujian macam ini.

“Kerana kita pasti diuji. Perceraian itu bukan hanya material. Tapi spiritual. Bukan hanya kita, tapi anak-anak juga. Luka yang tiada ada ubat, tak pernah nampak tapi sentiasa sakit. Jika bukan pada kita, pada anak-anak kita,”tulisnya.

Pandangan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji kematangan dan ketenangan Anzalna dalam membicarakan isu rumah tangga dan kepercayaan terhadap ketentuan Allah.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN