Puji Amira Othman, ‘dia tak kosong’ - Ajai - Utusan Malaysia

Puji Amira Othman, ‘dia tak kosong’ – Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer berpengalaman, Ajai memuji keperibadian penyanyi jelita, Amira Othman selepas mereka bekerjasama menghasilkan sebuah lagu baharu untuk sebuah drama, baru-baru ini.

Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 50, menyifatkan pelantun lagu Aduh itu sebagai seorang yang sangat sopan, mudah dibawa berbincang serta memiliki pengetahuan mendalam dalam bidang muzik.

“Malah, saya turut kagum kerana dia ada ilmu tentang nota-nota muzik, bermakna dia bukan ‘kosong’ dalam bidang ini.

“Saya bekerjasama dengannya untuk pembikinan OST bagi sebuah drama dan berdasarkan drama itu saya hasilkan naskhah untuk dia.

“Mudah bekerjasama dengan Amira, bagus budaknya. Sopan dan sangat soft spoken. Dia begitu menghormati seni,” katanya.

Ajai yang juga juri tetap beberapa program realiti popular itu menegaskan, dia menghargai artis yang tidak hanya menyerahkan sepenuhnya proses kreatif kepada komposer.

“Saya suka artis yang memberikan pendapat, bukannya datang dan menyerahkan segalanya kepada komposer semata-mata,” ujarnya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui selepas konsert akhir Raise The Star Malaysia yang diadakan di Shah Alam Theatre, kelmarin.

Dalam pada itu, Ajai turut memuji kemampuan vokal Amira yang disifatkan sebagai enak didengar serta mempunyai range yang sesuai.

“Saya meminati suara dia dan saya pernah cakap bahawa suara ini bukan soal tinggi atau rendah, tetapi ia lebih kepada nada.

“Saya suka seseorang yang memegang kepada konsep dan mereka hanya perlu tunggu masa untuk ‘spark’ sahaja.

“Paling penting, kita nak dengar penyanyi yang sedap didengar (easy listening) dan benda itu ada pada Amira. Nyanyian dia begitu sedap dengan range yang sesuai,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN