Muat naik video lama, Beego ditegur anak sendiri - Utusan Malaysia

Muat naik video lama, Beego ditegur anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Beego atau nama sebenarnya Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendapat perhatian warganet selepas memuat naik video bersama tiga anaknya di sebuah pusat membeli-belah menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, ketiga-tiga cahaya mata Beego dilihat menikmati ais krim sambil menemani bapa mereka membeli-belah.

Menerusinya, Beego turut menafikan dakwaan kononnya anak-anaknya mengalami trauma akibat masalah rumah tangga sebelum ini.

“Anak-anak gembira sahaja keluar dengan daddy. Tak ada pun trauma,” katanya ringkas di kapsyen hantaran tersebut.

Namun, video berkenaan mengundang teguran anak sulungnya, Jelita Clarissa, yang kini sudah bertudung.

“Daddy! Jelita tak pakai tudunglah, kenapa daddy dedahkan sekarang? Itukan video dulu,” tulisnya menerusi ruangan komen.

Menjawab teguran itu, Beego memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah rakaman baharu.

“Maaf, ini video baru juga. Jelita baru saja pakai tudung bukan? Jelita pakai tudung dan terus istiqamah okey?

“Semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmat-Nya. Sayang awak selalu,” katanya.

Terdahulu, Beego tidak hadir ke prosiding pendengaran laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada Selasa lalu kerana kurang sihat.

Sebelum ini, isterinya yang juga pelakon, Linda Hashim, mendedahkan tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan kerana mendakwa takut dikasari selain anak-anak kononnya trauma melihat insiden keganasan rumah tangga mereka.

Linda memfailkan perceraian pada awal Januari lalu atas alasan tiada lagi persefahaman. Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, sebelum rujuk semula pada 9 April 2023.

Namun, perkahwinan itu kembali goyah apabila mereka bercerai kali kedua beberapa bulan selepas rujuk, sebelum kembali bersama.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN