Bapa Ziana dan Anuar Zain meninggal dunia

Bapa Ziana dan Anuar Zain meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi popular Ziana dan Anuar Zain, Zain Abdullah, 87, telah meninggal dunia di kediamannya, Kayangan Heights, Shah Alam, pada jam 3.32 petang tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh pengurusan Anuar, @anuarzainnetwork menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Seluruh warga kerja Anuar Zain Network ingin mengucapkan salam takziah kepada Anuar Zain & Ziana Zain serta seisi keluarganya diatas pemergian ayahanda tersayang Zain @ Zin bin Abdullah (Pak Zain) pada 26 Ogos 2025.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Bagaimanapun, pihak pengurusan penyanyi itu tidak memaklumkan punca pemergian arwah bapanya.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib.

Sekadar info, Zain merupakan pesara polis menjadi tulang belakang permulaan kerjaya seni Ziana dan Anuar.

Allahyarham juga pernah terbabit dalam kugiran muzik pasukan beruniform.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN