Adira, Black berpadu suara dalam ‘Memilih Kamu’

Adira, Black berpadu suara dalam ‘Memilih Kamu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua penyanyi terkenal, Black Hanifah dan Adira Suhaimi berpadu suara dalam sebuah lagu duet balada berjudul Memilih Kamu.

Black berkata, lagu itu merupakan sebuah karya yang mengangkat kisah persahabatan antara lelaki dan wanita, yang mana tersembunyi rasa cinta.

“Lagu Memilih Kamu mengisahkan tentang sepasang sahabat seorang lelaki dan seorang wanita. Dalam hubungan persahabatan itu, si lelaki sebenarnya menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut.

“Namun begitu, wanita itu pada waktu yang sama sudah mempunyai teman lelaki atau pasangan lain.’

“Menariknya, di penghujung cerita, akhirnya mereka disatukan juga dan dapat bersama dengan wanita yang disayangi dalam diam,” kata Black.

Sementara itu, Adira menyifatkan lagu ini umpama satu lembaran cerita mengenai cinta yang tidak kesampaian.

Biarpun rakaman lagu dilakukan secara berasingan, pelatun lagu Pujaan Hati ini menjelaskan karya ini berbeza dengan karya terdahulu.

‘Kalau nak kata susah, sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Ini kerana, melalui liriknya sahaja kita sudah boleh merasai emosi lagu tersebut.

“Tambahan pula, sebelum sesi rakaman dijalankan, kami sudah menerima demo lagu tersebut terlebih dahulu. Jadi, walaupun tidak merakam secara bersama di studio, tetapi feel lagu itu tetap sampai,” ujarnya.

Lagu tersebut adalah hasil ciptaan dua nama besar, Mas Dewangga dan Jova Devito, karya ini sememangnya dicipta khusus untuk kedua-dua penyanyi berkenaan.

Lagu Memilih Kamu terbitan Nova Music Malaysia boleh mula distrim di semua pelantar penstriman muzik pada hari Jumaat, 22 Ogos 2025 manakala video muzik ditayangkan di saluran YouTube Nova Music Videos. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN