Konsert My Chemical Romance ditambah sehari lagi - Utusan Malaysia

Konsert My Chemical Romance ditambah sehari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjur, Hello Universe Malaysia mengesahkan penambahan satu lagi malam persembahan konsert kumpulan terkemuka, My Chemical Romance (MCR) di ibu negara susulan sambutan luar biasa daripada peminat.

Konsert tambahan itu dijadualkan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, menjadikan Kuala Lumpur satu-satunya lokasi di Asia yang bakal menyaksikan dua malam berturut-turut persembahan MCR.

Dengan pengumuman terbaharu ini, tarikh rasmi konsert My Chemical Romance di Kuala Lumpur adalah pada 30 April dan 1 Mei 2026.

Tiket bagi kedua-dua malam konsert akan mula dijual pada 1 Ogos ini bermula pukul 10 pagi.

Sebelum ini, tiket sebanyak 60,000 unit habis dijual dalam tempoh hanya satu setengah jam atau 90 minit selepas dibuka pada pukul 11 pagi.

Ramai peminat menyifatkan pengalaman membeli tiket untuk menyaksikan konsert tersebut seperti ‘perang siber’.

Laman jualan tiket oleh GoLive Asia dan Hello Universe Malaysia juga dilaporkan mengalami kerosakan teknikal dengan berlakunya gangguan seperti halaman tidak boleh diakses, sistem mogok sebelum jualan bermula, dan hadapi ‘server error’ lebih sejam.

Sebelum ini, My Chemical Romance pernah menghiburkan peminat Malaysia dalam jelajah The Black Parade World Tour sekitar tahun 2007–08 di Stadium Merdeka yang menghimpunkan lebih 10,000 peminat.

Ini merupakan kemunculan mereka buat pertama kali sejak lebih 18 tahun lalu, sekali gus menambahkan nostalgia dan sambutan hangat dari peminat tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN