Dadali gegar Zepp KL, umum filem biopik ‘Sebuah Kisah’ - Utusan Malaysia

Dadali gegar Zepp KL, umum filem biopik ‘Sebuah Kisah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zepp Kuala Lumpur dibanjiri lebih 1,600 peminat apabila kumpulan pop dari Indonesia, Dadali, mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi konsert bertajuk ‘Dadali Sebuah Kisah Live in Kuala Lumpur’ yang berlangsung malam 5 Julai lalu.

Persembahan bermula tepat jam 9 malam menyaksikan vokalis Dyrga bersama anggota lain iaitu Boim selaku pemain gitar, Rickarjd di posisi gitar melodi, Dendi bermain keyboard, Hendi di posisi bes dan Obot selaku pemain dram membawakan 18 lagu popular antaranya ‘Cinta Jangan Kau Pergi’, ‘Sakit Teramat Sakit’, ‘Di Saat Aku Tersakiti’, ‘Mendua’, ‘Aishiteru’, ‘Dikir Rambong’ dan balada penutup ‘Sebuah Kisah’.

Ronnie Hussein turut muncul sebagai tetamu khas dan membuka pentas dengan lagu ‘Hanya Aku’ serta ‘Harapan’ sebelum berduet bersama Dyrga menerusi lagu ‘Di Saat Aku Mencintaimu’ yang menerima sorakan paling gemuruh daripada penonton.

“Saya tak sangka sambutan di Malaysia begini luar biasa. Dari awal sampai habis, semua nyanyi sama. Kami sangat terharu,” kata Dyrga ketika menyapa peminat selepas lagu keenam.

Dalam ucapannya juga, Dyrga mengumumkan bahawa perjalanan 16 tahun Dadali sejak ditubuhkan di Bogor pada tahun 2009 akan diangkat ke layar perak menerusi projek filem biopik berjudul ‘Sebuah Kisah’ yang kini dalam perancangan.

Konsert ini dianjurkan oleh Ultimate Teamworks Malaysia, Ultimate Media dan BIZCreations dengan sokongan Tourism Malaysia bersempena kempen ‘Visit Malaysia 2026’ sekali gus memperkukuh hubungan budaya antara dua negara serumpun melalui muzik yang penuh emosi dan kerinduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN