Buat penabur fitnah yang tiada berkesudahan, kasihan - Ibu Aliff Aziz - Utusan Malaysia

Buat penabur fitnah yang tiada berkesudahan, kasihan – Ibu Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ibu kepada penyanyi, Aliff Aziz, Siti Hafizah Basharahil, tampil membela diri berhubung kenyataan fitnah terhadapnya dan anak lelakinya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafizah memuat naik tangkap layar yang mendakwa dia menyatakan Aliff mempunyai hak untuk mengambil kembali dua cucunya iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Bagaimanapun, Hafizah menyifatkan kenyataan itu adalah fitnah yang dibuat oleh individu yang membencinya.

“Inilah yang dapat saya ucapkan buat penabur fitnah yang tidak berkesudahan. Kasihan.

“Teruskanlah jika ini membuat awak tenang dan bahagia. Kami tetap memaafkan dan mendoakan kesejahteraan anda dengan lapang dada.

“Syukur Allah maha baik dan berikan kami ketenangan jiwa,”katanya.

Terdahulu, Hafiza menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran cucu-cucunya itu.

Menerusi catatan yang dimuat naik di media sosial, wanita yang mesra dipanggil Umi Wan oleh keluarga itu meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia cucu-cucunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN