Berbalah kata dengan Zhiddin macam berada dalam Parlimen - Zeera Azizi - Utusan Malaysia

Berbalah kata dengan Zhiddin macam berada dalam Parlimen – Zeera Azizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Zeera Azizi, akhirnya membuka mulut tentang hubungannya dengan pempengaruh, Zhiddin Aziz, yang sering dikaitkan dengannya sejak kebelakangan ini.

Menurut Zeera, apa yang membuatkan dirinya tertarik dengan Zhiddin bukan semata-mata kerana rupa atau populariti, tetapi kerana ketajaman akal dan kepetahan berbicara yang dimiliki jejaka tersebut.

“Dia matang daripada usianya. Dia juga pandai dalam berkata-kata, percakapannya tersusun dan dia sangat bijak. Macam mana kita tak terjatuh cinta,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mengakui tidak pernah berjumpa dengan lelaki seperti Zhiddin sebelum ini, Zeera menyifatkan perkenalan mereka sebagai satu pengalaman baharu yang cukup berbeza.

“Terus-terang saya tak pernah. Tak pernah jumpa orang yang macam inilah. Yang betul-betul jaga kata-kata dia. Ini pengalaman pertama saya kenal dengan lelaki seperti dia,”katanya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Zeera mengakui ada kalanya dia sendiri ‘pening’ apabila berbalah pendapat dengan Zhiddin.

Ini kerana, katanya, Zhiddin sering menyusun hujahnya bak seorang ahli Parlimen.

“Setiap kali berbual ada saja jawapan dia akan bagi kepada kita, kalau ada berbalah kata itu, saya boleh sampai mati akal nak balas semula kata-kata dia.

“Macam masuk Parlimenlah kalau bergaduh. Selalu begitulah. Kadang-kadang benda itu macam pelik. Tapi saya macam layankan sahaja sebab dia memang begitu,”ujarnya.

Menurut Zeera, dia banyak belajar daripada Zhiddin dalam pelbagai aspek kehidupan selain menganggap jejaka itu seperti ‘ensiklopedia bergerak’ yang sentiasa sedia menjelaskan perkara-perkara yang kurang difahaminya.

“Pernah kalau macam tengok wayang ke, ada ayat-ayat yang saya tak faham. Saya tanya dia.

“Dia akan beritahu secara terperinci, macam kamus bergerak atau wikipedia pun ada. Tetapi itulah keistimewaan Zhiddin yang membuatkan saya selesa dengannya,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN