Anak Ahmad Dhani mengaku duit dalam bank pernah kosong - Utusan Malaysia

Anak Ahmad Dhani mengaku duit dalam bank pernah kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anak bongsu kepada pasangan pemuzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani dan Maia Estianty, Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul Jaelani, tampil mendedahkan bahawa kehidupannya sama sahaja seperti orang lain meski dilahirkan dalam sebuah keluarga terkenal.

Menerusi satu temu bual dalam saluran YouTube HAS Creative, Dul secara terbuka menceritakan pengalaman hidupnya yang pernah berada di titik paling rendah, sehinggakan tidak mempunyai wang langsung di dalam akaun bank.

“Saya pun pernah berdepan dengan baki akaun kosong falam bank. Betul! Saya juga manusia yang berjuang menjalani hidup.

“Ramai yang cakap seronok jadi Dul, sebab nampak mewah dan senang. Tapi realitinya tak seindah yang disangka,” jelasnya.

Malah, Dul turut berkongsi satu insiden di lapangan terbang di mana dia tidak mampu membeli makanan kerana tidak mempunyai sebarang wang.

Keadaan itu, bagi Dul, adalah satu pengalaman yang disifatkannya sebagai sangat menginsafkan.

Pasangan kepada pelakon dan penyanyi Tissa Biani itu berkata,dia lebih memilih untuk hidup berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapanya meskipun ketika berada dalam keadaan kesempitan.

“Kalau tak ada duit pun, saya tahan diri daripada minta kepada orang tua. Saya nak belajar berdikari,” katanya.

Dul turut menegaskan bahawa dia tidak mahu hidup di bawah bayang-bayang nama besar kedua-dua ibu bapanya semata-mata.

Sebaliknya, kata Dul, dia mahu membina laluan sendiri dan memahami erti sebenar perjuangan hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN