Lagu sulung Syed Iqbal, “Basstamam” raih perhatian di TikTok sebelum pelancaran - Utusan Malaysia

Lagu sulung Syed Iqbal, “Basstamam” raih perhatian di TikTok sebelum pelancaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi baharu, Syed Iqbal tampil dengan lagu debut berjudul Basstamam di bawah label Masyhur, dan berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial sebelum pelancarannya.

Disusun indah oleh Wan Saleh dan diterbitkan bersama Amir Hufaz, Basstamam menyampaikan mesej mendalam tentang keindahan menenangkan insan yang kita sayangi agar tidak terus dibebani tekanan hidup. Lagu ini turut mendapat sentuhan penulisan lirik daripada Abdulkarim Al Ali dan Wan Saleh, menjadikan karya ini bukan sekadar lagu, malah sebagai terapi jiwa.

“Mula-mula saya takut kalau ada tekanan sewaktu rakaman, tapi lama-kelamaan saya dapat catch up dan berasa sangat gembira. Paling membanggakan, saya hanya perlukan dua jam sahaja untuk siapkan rakaman lagu ini,” ujar Syed Iqbal ketika ditanya mengenai pengalaman pertamanya di studio.

Lagu ini juga mencetuskan fenomena di media sosial apabila pengguna TikTok menghasilkan lebih 20,000 ciptaan manakala Instagram pula mencatatkan lebih 2,000 ciptaan. Menariknya, para peminat turut mencetuskan trend Wahai Bulan Purnama, yang memaparkan transformasi diri ke arah lebih positif diiringi lagu Basstamam.

“Saya harap para pendengar dapat benar-benar menghayati setiap bait lirik dan menikmati rasa ‘basstamam’ itu dalam hati. Kita semua perlukan ketenangan dan lagu ini diharap menjadi pengubat kepada jiwa yang sedang diuji,” tambah Syed Iqbal yang mengakui mesej lagu ini cukup dekat di hatinya.

Bukan itu sahaja, penggambaran video muzik Basstamam turut menjadi pengalaman manis buat Syed Iqbal meskipun memerlukan cabaran fizikal. “Kami perlu panjat bukit dan shooting dari pagi sampai ke petang. Tapi dengan pasukan yang sangat supportive, saya berasa sangat bersemangat untuk menjayakan MV ini,” kongsinya.

Dengan gabungan susunan muzik yang menyentuh jiwa dan mesej yang mendamaikan, Basstamam diyakini mampu mencuri tempat di hati pendengar pelbagai lapisan masyarakat. Video muzik rasmi kini boleh ditonton di saluran YouTube Masyhur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN