Lagu Nanti Kita Seperti Ini diberi nafas baharu bersama Hannah Delisha - Utusan Malaysia

Lagu Nanti Kita Seperti Ini diberi nafas baharu bersama Hannah Delisha

Nanti Kita Seperti Ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon terkenal, Hannah Delisha, kini tampil dalam kolaborasi istimewa bersama kumpulan pop-folk Indonesia, Batas Senja, menerusi lagu Nanti Kita Seperti Ini (Cinematic Version).

Lagu yang pernah mencatat lebih 340 juta streams di Spotify dan 79 juta tontonan di YouTube ini diberi nafas baharu dengan susunan muzik yang lebih emosional dan mendalam.

Menurut vokalis utama Batas Senja, Masitong, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadinya yang penuh harapan dalam kesusahan hidup.

Kolaborasi ini tercetus apabila Masitong melihat Hannah menyanyikan lagu itu di TikTok dan terus tertarik dengan suara unik serta ekspresifnya.

Hannah yang merakamkan vokalnya secara berasingan di Malaysia mengakui terus merasakan hubungan dengan lagu ini sejak pertama kali mendengarnya.

Nanti Kita Seperti Ini

“Ia bukan sekadar lagu cinta, tapi tentang menghargai momen-momen kecil dalam hubungan,” katanya.

Rakaman video muzik pula dilakukan di Lampung, Indonesia, hanya beberapa hari selepas sesi rakaman selesai.

Kini, versi sinematik ini boleh dinikmati di semua platform digital dan muzik videonya ditayangkan di saluran YouTube Hannah Delisha mulai 27 Jun 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN