‘Kasihan terpaksa menempel pada kakak’, Anuar Zain kenang kata sinis orang - Utusan Malaysia

‘Kasihan terpaksa menempel pada kakak’, Anuar Zain kenang kata sinis orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkenal, Anuar Zain, mengakui pernah berdepan dengan pelbagai sindiran ketika mula menceburi dunia seni, termasuk dakwaan menumpang populariti kakaknya, Ziana Zain.

Ketika itu, katanya, kehadiran penyanyi lelaki masih belum menyerlah, dan ada yang memandang rendah keupayaannya untuk bertahan lama dalam industri.

“Orang anggap penyanyi lelaki tak boleh pergi jauh. Sebab ketika itu tak ramai penyanyi lelaki.

“Saya pernah teman Ziana dalam satu acara dan ada terdengar orang cakap ‘kasihan terpaksa menempel pada kakak’. Ketika itu saya memang tiada minat untuk menyanyi,”katanya.

Anuar berkata demikian di sidang media konsert Empat Live in Kuala Lumpur, semalam.

Bagaimanapun, Anuar memgakui memilih untuk tidak melatah, sebaliknya menjadikan kritikan sebagai pembakar semangat.

Baginy, dalam menghadapi kecaman di media sosial hari ini, dia lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak melayan provokasi.

“Tak perlu balas atau jelaskan apa-apa. Kadang-kadang, lebih baik kita teruskan hidup dan jangan baca komen.

“Lebih baik berdiam dan teruskan hidup dan jangan baca komen. Kadang-kala netizen ini nakal dan sengaja nak ‘cucuk’. Mereka seronok bila kita membalas,”ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang konsert yang bakal berlangsung pada 18 Oktober depan, Anuar meluahkan rasa teruja dan menganggap ia satu acara yang sungguh bermakna dalam perjalanan kerjaya seninya.

Ini kerana, Anuar berpeluang berkongsi pentas bersama Ziana dan anak saudaranya iaitu Ernie Zakri dan Syamel.

“Empat yang sungguh bermakna. la merupakan kolaborasi empat beranak. Saya harap ia dapat diabadikan sebagai satu legasi dan sejarah.
“Ini akan menjadi satu yang diperkatakan
sepanjang hayat,” katanya.

Konsert Empat Live In Kuala Lumpur akan berlangsung di Mega Star Arena dan tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN