KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bakal kembali ke Malaysia menerusi konsert istimewa BCL: Eternal Love – Timeless Romance pada 27 September 2025 di Plenary Hall, KLCC.
Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini bakal menyajikan lagu-lagu cinta ikonik BCL seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah dan sehingga single terkini, Memulai Kembali dalam suasana penuh emosi dan intim.
“Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf dunia,” ujar Muhammad Anuar Zaini dari Pulse Project Asia.
Tiket boleh dibeli secara rasmi di Ticket2U bermula 6 Jun 2025, jam 3 petang dengan harga bermula RM288 (normal) dan RM259 (pre-sale).
Lebih menarik, pakej tiket Cinta Abadi turut ditawarkan kepada peminat yang mahukan pengalaman eksklusif, termasuk sesi Meet & Greet peribadi serta barangan eksklusif yang ditandatangani oleh BCL sendiri.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh magis dan cinta ini!