Baru sekarang tahu ramai mengaku mereka ‘boyfriend’ saya - Elyana - Utusan Malaysia

Baru sekarang tahu ramai mengaku mereka ‘boyfriend’ saya – Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elyana tidak menolak bahawa dia terkejut apabila mengetahui ramai remaja lelaki mengaku dirinya merupakan kekasih mereka.

Menurut Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, perkara itu berlaku ketika dia berada di kemuncak kerjaya sebagai penyanyi remaja suatu ketika dahulu.

“Zaman dulu, tak dinafikan, memang ramai peminat. Bukan wanita sahaja, budak-budak lelaki pun ramai gila.

“Baru sekarang saya tahu rupanya ramai sangat yang mengaku mereka pernah jadi ‘boyfriend’ saya,” katanya dalam satu temu bual bersama podcast Sinar.

Selain itu, Elyana berkata, ketika itu ada lelaki yang tanpa segan silu memberitahu rakan-rakan kononnya dia adalah kekasih mereka meskipun perkara itu benar.

“Zaman-zaman dulu kan, ada yang cakap ‘girlfriend aku Elyana’. Macam satu trend pula masa itu. Kalau wanita pula pada zaman itu, mengaku Tomok New Boyz atau Naqiu adalah kekasih mereka,” katanya bercanda mengingat kenangan lalu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kalis Rindu itu turut mendedahkan, dia sebelum ini tidak pernah benar-benar menganggap dirinya seorang artis.

Malah, sebaliknya, Elyana akui melihat dunia hiburan sebagai satu ruang untuk bergembira ketika zaman remaja.

“Saya tak pernah rasa saya ini artis. Saya cuma budak-budak yang nak jadi penyanyi sebab nak berlagak dengan kawan-kawan.

“Sekarang saya agak menyesal sebab tak betul-betul hargai momen itu. Dulu kita budak lagi, jadi macam acuh tak acuh je.

“Ada kerja pergi, kalau malas tak nak pergi. Macam tu sahaja,” katanya.

Elyana mula mencipta nama dalam industri hiburan tanah air ketika usia belasan tahun dan dikenali sebagai antara penyanyi remaja paling popular ketika era 2000-an.

Selain menyanyi, Elyana juga aktif berlakon dan menjadi antara artis yang masih diminati ramai sehingga hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN