Aurelia Syaharani rasmi debut dengan lagu cinta penuh emosi - Utusan Malaysia

Aurelia Syaharani rasmi debut dengan lagu cinta penuh emosi

Aurelia Syaharani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Penyanyi berbakat, Aurelia Syaharani, kini rasmi melangkah ke dunia muzik arus perdana dengan pelancaran single pertamanya bertajuk Mungkin Hanya Kamu, di bawah naungan Universal Music Indonesia.

Lagu yang dilancarkan pada 9 Mei 2025 lalu berkisarkan kisah cinta remaja yang tak kesampaian, seseorang sudah move on, tapi seorang lagi masih terikat dengan kenangan lama.

Aurelia Syaharani

Mungkin Hanya Kamu mempunyai susunan muzik yang lebih segar dengan medium upbeat walaupun liriknya penuh emosi.

Menariknya, Aurelia bukan sekadar menyanyi, malahan dia turut menulis lagu ini bersama Clara Riva dan Tintin.

“Penggambaran sangat menyeronokkan dan berjalan lancar. Saya cuba benar-benar menghayati watak agar penonton yang pernah putus cinta atau sukar move on boleh rasa apa yang saya sampaikan,” kata Aurel.

Sebelum ini, Aurel sudah aktif dengan dua single indie dan beberapa cover lagu popular di media sosial dan kini impiannya jadi nyata dengan kehadiran single rasmi pertamanya.

“Saya berharap Mungkin Hanya Kamu diterima baik oleh ramai pendengar, dan melalui debut ini, karya-karya saya selepas ini juga akan mendapat tempat dalam hati masyarakat,” ujarnya penuh semangat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN