MWA! DOLLA curi perhatian global - Utusan Malaysia

MWA! DOLLA curi perhatian global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kumpulan pop sensasi Malaysia, DOLLA, kembali dengan penuh bergaya menerusi single terbaharu mereka, MWA!, yang kini mencuri perhatian peminat muzik dari seluruh dunia.

Selepas hampir setahun menyepi, lagu berinspirasikan Brazilian funk ini berjaya menyuntik nafas baharu dalam industri muzik tempatan.

“Kami peminat tegar muzik Brazil dan sangat mengagumi Anitta. Dari situ, tercetus idea untuk hasilkan lagu berinspirasikan Brazilian funk yang boleh membawa sesuatu yang baharu ke pasaran muzik Malaysia,” ujar DOLLA.

Sejak pelancaran, MWA! mencipta fenomena dengan debut di tangga ke-6 Carta RIM Malaysia dan meraih lebih 1 juta tontonan di YouTube, serta menjadi tular di media sosial menerusi trend tarian yang disertai pencipta kandungan dari Brazil, Thailand dan AS.

Kejayaan ini diraikan dengan acara MWA! Heist di Bukit Bintang, dan diteruskan dengan misi kedua di IOI City Mall Putrajaya.

Acara ini menampilkan segmen tarian rawak, sesi ekspresi diri, dan pencarian bakat DOLLA: Most Wanted Ace yang membuka peluang kepada peminat untuk menyerlahkan bakat mereka.

DOLLA jelas teruja dengan sambutan antarabangsa, terutama dari Brazil. “Kami sangat terharu dan menghargai semua sokongan. MWA! hanyalah permulaan, kami mahu terus mengangkat nama DOLLA dan M-pop ke pentas dunia,” kata mereka penuh semangat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN