Killa Driz Timba Ilmu Berharga daripada Joe Flizzow dan SonaOne dalam ‘Last Time’ - Utusan Malaysia

Killa Driz Timba Ilmu Berharga daripada Joe Flizzow dan SonaOne dalam ‘Last Time’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap muda, Killa Driz mencipta langkah besar dalam kerjayanya menerusi kolaborasi bersama dua figura penting hip hop tempatan, Joe Flizzow dan SonaOne dalam single terbaharu berjudul ‘Last Time’.

Menariknya, lagu tersebut pada asalnya bukan dihasilkan untuknya. Namun, Joe Flizzow menghadiahkan karya itu kepada Killa Driz sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan potensinya dalam industri muzik.

“Asalnya lagu ini bukan saya punya dan tiada dalam perancangan untuk saya nyanyikan. Tapi saya teringat, suatu hari Joe cakap mahu hadiahkan saya sebuah lagu,” ujar Killa Driz.

Proses penulisan dan rakaman berjalan secara spontan apabila SonaOne menghubunginya untuk ke pejabat Joe Flizzow. Sebaik tiba, ‘beat’ lagu tersebut telah pun tersedia, lalu mereka terus menulis lirik dan merakamkan bahagian masing-masing.

“Saya masih ingat SonaOne telefon saya dan minta datang ke pejabat Joe. Bila saya sampai, beat lagu itu sudah pun siap. Joe tanya sama ada saya dah tulis lirik atau belum. Kami terus tulis bersama dan saya sempurnakan bahagian rap,” katanya lagi.

SonaOne pula berkata muzik video ‘Last Time’ mengekalkan elemen klasik dengan pendekatan visual minimalis. “Kami kekalkan konsep visual berlatar putih seperti era TV hitam putih. Ia ringkas tetapi penuh kelas,” jelasnya.

“Kami juga masukkan elemen fesyen dari pelbagai zaman. Setiap babak menampilkan gaya pakaian berbeza, mewakili era-era tertentu dalam sejarah budaya dan muzik,” tambah SonaOne.

‘Last Time’ membawa mesej tentang pendewasaan dan mengenal diri sendiri. Lagu ini telah dilancarkan di semua platform digital pada 28 Februari 2025, manakala muzik videonya boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Killa Driz. Beliau juga kini dalam perancangan untuk melancarkan album sulungnya di bawah label Def Jam SEA tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN