Kahwin? Diri sendiri pun tidak terjaga - Fauziah Latiff

Kahwin? Diri sendiri pun tidak terjaga – Fauziah Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi, Fauziah Latiff mengakui masih belum membuka pintu hati untuk menerima kehadiran insan baru dalam hidupnya terutama selepas melalui fasa perceraian sebelum ini.

Fauziah atau nama sebenarnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, berkata, fokusnya pada ketika ini adalah untuk menjaga ibu yang sudah lanjut usia.

kata Fauziah, dia menyifatkan ibunya adalah insan paling penting dalam hidup dan sebolehnya mahu terus menabur bakti selagi punya kemampuan.

“Alhamdulillah saya selesa dengan keadaan sekarang sebab kalau nak fikir mengenai perkara itu, diri sendiri pun tak terjaga. Apatah lagi kalau nak menjaga orang pula.

“Sekarang ini saya gembira Alhamdulillah. Saya menjaga mak sekarang, itu tanggungjawab sebagai anak kerana dia juga nyawa saya.

“Ini adalah giliran saya untuk menjaga mak. Kalau nak fikir perlara lain, nanti dulu. Saya rasa belum masanya lagi,” katanya.

Fauziah berkata demikian ketika ditemui selepas tampil sebagai penyanyi undangan menerusi Konsert JessC X Fauziah Latiff di Arena of Stars, di sini, semalam.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini, dia mahu memberpaiki diri dan mencari ketenangan dengan melakukan hal-hal positif.

“Untuk masa sekarang, saya percaya masih banyak perlu perbaiki termasuk mengenali diri dan persekitaraan. Jadi, sebab sekarang sudah akhir zaman.

“Apa-apa yang boleh buat saya untuk terus positif dan tenang, saya akan memilih itu. Macam sekarang ini, saya banyak menjaga mak kerana dia adalah nyawa saya, maksudnya dia segala-galanya.

“Saya bersyukur dengan perkara itu, malah boleh katakan sebagai penyelamat,” jelasnya.

Selain itu, Fauziah berkata, dia juga berada dalam fasa mahu lebih menghargai diri dengan pada masa yang sama memohon orang ramai untuk terus mendoakan yang terbaik buatnya.

“Kita tak tahu usia ini sampai bila, jadi ia jadi peringatan kepada diri untuk lebih menghargai. Jadi, kita perlu terus menghargai diri sendiri dan saya juga minta untuk doa baik-baik kerana apa sahaja boleh berlaku.

“Anak muda sekarang pun ramai yang sudah mengalami banyak masalah kerana tak boleh sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Saya fikir perlu kuatkan psikologi sendiri dan jadikan apa yang berlaku di sekeliling sebagai peringatan.

“Kita memang ada masa buat kesilapan, tapi dengan itu kita boleh tahu apa yang perlu dielak pada masa akan datang,” katanya.

Fauziah sebelum ini pernah berkahwin dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, namun, bercerai selepas tiga tahun.

Selepas lima tahun berstatus solo, Fauziah berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Johan Indot di London tetapi bercerai pada 2007.

Hasil perkahwinan kedua itu, Fauziah dikurniakan dua cahaya mata lelaki Jeffri Joaquim yang ketika ini berusia 26 tahun dan Jeremy Jay, 24 tahun.

Sementara itu, kemunculan Fauziah di Konsert JessC X Fauziah Latiff, malam tadi disambut dengan sorakan gemuruh peminat.

Menerusi konsert itu juga, Fauziah turut mempersembahkan lagu Dia dan Sekilas Senyumanmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN