Hidap batu karang, sakit atau sihat milik Allah - Hafiz Suip - Utusan Malaysia

Hidap batu karang, sakit atau sihat milik Allah – Hafiz Suip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hafiz Suip, mendedahkan, kini sedang diuji dengan masalah kesihatan apabila buah pinggangnya disahkan mempunyai batu karang.

Perkara itu dimaklumkan Hafiz atau nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, melalui hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Menurut Hafiz, dia reda dengan takdir yang ditentukan buatnya.

“Alhamdulillah, dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang. Sakit atau sihat milik Allah,” luahnya.

Hantaran itu disertai video yang memaparkan Hafiz sedang menjalani prosedur perubatan termasuk menerima suntikan.

Hafiz yang popular dengan lagu Awan Nano itu bagaimanapun tidak berkongsi butiran terperinci mengenai penyakitnya itu.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan Hafiz cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN