First Wives di tonton pelbagai kaum, Mimi Lana hampir menangis - Utusan Malaysia

First Wives di tonton pelbagai kaum, Mimi Lana hampir menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mimi Lana meluahkan rasa syukur apabila drama First Wives lakonannya diterima baik oleh penonton pelbagai kaum.

Menerusi perkongsian Instagram miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, berkata, dia menerima banyak respons positif daripada peminat berbeza bangsa yang menyukai lakonannya dan drama tersebut.

“Sejak First Wives disiarkan, ramai peminat daripada bangsa Cina, India dan Melayu tampil dan beritahu saya betapa mereka sangat suka drama ini dan lakonan saya.

“Saya sumpah hampir nangis sebab ini lah yang saya impikan. Satu cerita yang menyatukan kita semua, tanpa label, hanya hati, hanya Malaysia, satu rasa dan satu cinta,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Syafiq Kyle itu turut memberi penghargaan kepada mereka yang menjayakan serta menyokong drama tersebut dan berasa bangga menjadi salah seorang pelakon dalam drama First Wives.

“Terima kasih kepada mereka yang menonton drama ini selama beberapa minggu lepas.

“Saya begitu bangga menjadi sebahagian daripada projek ini dan berbesar hati dapat bekerja dengan pelakon-pelakon hebat, pengarah yang luar biasa, serta seluruh pasukan produksi dan kru,” ujarnya.

Menerusi hantaran yang sama,  Mimi berkongsi mengenai drama First Wives yang merupakan sebuah penghargaan bagi wanita yang kekal bersama menghadapi apa jua rintangan.

“Projek ini adalah satu penghargaan kepada wanita di mana kita saling menyayangi, jatuh dan bangkit semula menghadapi semua masalah.

“Ada satu tenaga yang sangat hebat apabila kita (wanita) sentiasa ada di sisi masing-masing, bukan dalam bentuk persaingan tetapi semangat solidariti.

“Tenaga itu yang akan saya simpan dalam diri saya,” jelasnya.

Untuk info, drama bersiri First Wives arahan Imri Nasution bersiaran selama lapan episod bermula 11 April, berdurasi 45 minit setiap episod telah tamat pada Jumaat lalu.

Drama itu turut menggabungkan pelakon lain seperti Melissa Campbell, Charles Roberts, Malek Mccrone, Andy Teh dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN