KUALA LUMPUR : Tidak berdiam diri, selebriti dan usahawan terkenal, Datin Seri Shahida, tampil menempelak kenyataan pelakon, Datin Rebecca Nur Islam yang menyindir dirinya di media sosial.
Menurut Shahida, sejak awal kehidupannya, dia tidak pernah menumpang populariti atau kekayaan sesiapa sekali gus menafikan dakwaan tidak berasas Rebecca itu.
“Pada 14 Mac 1985, pada jam 6:37 pagi di Pusat Perubatan Sentosa, nampak, beranak pun di swasta ya. Saya kena cerita sejarah swasta, nanti awak kata saya duduk tepi jalan.
“Alhamdullillah, saya dilahirkan secara normal. Saya kemudian meneruskan persekolahan di Bandar Baru Sentul sehinggalah saya menjadi ahli kumpulan Solehah (nasyid) pada berusia 14 tahun.
“Jadi, bermakna saya tak menumpang populariti sesiapa. Saya masuk nasyid, kemudian jadi model iklan Sunsilk,”katanya.
Pertelingkahan antara dua personaliti terkenal, Shahida dan Rebecca semakin menjadi bualan hangat netizen selepas masing-masing saling berbalas kenyataan di media sosial.
Dalam kenyataan sebelum ini, Rebecca secara terbuka menasihati Shahida agar lebih bersyukur dengan kehidupan yang dimilikinya kini selain mendakwa usahawan itu menumpang kekayaan dan populariti suami, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.
Malah adik ipar kepada Bonda Rozita Ibrahim ini juga, berpendapat bahawa Shahida sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan berlebih-lebihan.
“Saya nasihatkan mak cik sujud syukur sebab ada lelaki kaya, mertua kaya. Makcik tak perlu lebih-lebih bagi kenyataan apa-apa. Kau kena ingat makcik, kalau tak, kau duduk tepi jalan saja,”katanya.
Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Cantik sangat.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.