KUALA LUMPUR –Penyanyi muda berbakat besar, Julia Duclos, kembali mencuri tumpuan dengan pelancaran single terbarunya berjudul Look and See, sebuah lagu yang menyentuh soal penemuan diri dan kekuatan mengatasi keraguan.
Lagu ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadi Julia ketika berdepan konflik dalaman dan keraguan diri dan merupakan kolaborasi pertamanya dengan penerbit tempatan, JOEK.
“Lagu ini seperti dialog dengan diri sendiri, satu peringatan untuk tidak melupakan kepentingan diri walaupun kita prihatin terhadap orang lain,” kata Julia.
Antara momen paling bermakna ialah sentuhan gitar bersama abangnya, yang menghidupkan lagu terutama di bahagian paling mencabar.
Video muzik Look and See tampil dengan elemen visual gelap, fantasi dan seram, mencerminkan dunia dalaman Julia yang lebih mendalam dan jujur.
“Saya mahu ia rasa asli dan berhubung dengan peminat pada tahap emosi,” katanya.
Julia kini fokus kepada projek muzik baharu dan kolaborasi dengan artis lain.
Look and See kini boleh distrim di semua platform digital.