Sabah jadi lokasi istimewa “Konsert 2 Dekade – Kotak X Ello - Utusan Malaysia

Sabah jadi lokasi istimewa “Konsert 2 Dekade – Kotak X Ello

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua nama besar muzik Indonesia, Kotak dan Ello bakal bersatu di satu pentas di Kota Kinabalu menerusi “Konsert 2 Dekade – Kotak X Ello – Live in Malaysia” yang akan berlangsung pada Sabtu, 14 Jun 2025, jam 8 malam di ITCC Ballroom, ITCC Penampang, Sabah.

Konsert ini dianjurkan oleh NS Show Connects Sdn Bhd dengan kerjasama ITCC Penampang sempena meraikan 20 tahun penglibatan kedua-dua artis dalam industri muzik. Kota Kinabalu dipilih sebagai satu-satunya lokasi luar Indonesia untuk acara istimewa ini, sebagai tanda penghargaan kepada peminat di Sabah.

Vokalis Kotak, Tantri, meluahkan rasa teruja untuk bertemu peminat dan menyambut baik penganjuran konsert bersama Ello. Kotak yang dianggotai oleh Tantri, Chua dan Cella merupakan kumpulan rock terkenal yang telah menerima pelbagai anugerah muzik tempatan dan antarabangsa.

Ello atau nama sebenarnya Marcello Tahitoe pula merupakan penyanyi solo berbakat yang kini juga dikenali sebagai salah seorang vokalis utama kumpulan rock legenda, “Dewa 19”. Dia telah menghasilkan beberapa album dan menerima pelbagai penghargaan sepanjang dua dekad berkarya.

Tiket konsert mula dijual pada Jumaat, 11 April 2025 jam 11 pagi di laman web “Ticket2U” (www.ticket2u.com.my). Pilihan tiket termasuk “VIP A – Masih Ada” dan “VIP B – Semangat Baru” (RM289), “ROCK ZONE – Beraksi” (RM189), “GENERAL STANDING – Masih Cinta” (RM139), serta tambahan “VIP Meet & Greet” pada harga RM99.

Peminat muzik rock Indonesia khususnya di Sabah diseru agar tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan istimewa ini secara langsung dan meriahkan malam penuh kenangan bersama Kotak dan Ello.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya