Ibu pesan jangan bersedih - Rebecca Nur Islam - Utusan Malaysia

Ibu pesan jangan bersedih – Rebecca Nur Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas mencetuskan kontroversi perbalahan dengan isteri Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid di media sosial, pelakon, Rebecca Nur Islam berkongsi titipan nasihat daripada ibunya di Instagram.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Rebecca memaklumkan, ibunya berpesan supaya tidak bersedih dan membiarkan sahaja orang luar membuat andaian mengenai dirinya.

“Sementara menunggu untuk solat, mama pesan, adik jangan sedih. Biarkan dunia kecam kita, Allah ada.

“Jangan tengok berita-berita itu,” tulisnya.

Menjadikannya sebagai penguat semangat, kata Rebecca, dia tahu dirinya seorang yang kuat untuk menempuh dugaan fitnah di dunia.

“Mamaku, tak apa. Insya-Allah anak mu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia,”tulisnya lagi.

Konflik antara keluarga Rozita dan Rebecca tercetus apabila aktres itu didakwa berlebih-lebihan dalam menghebahkan perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut.

Malah, situasi menjadi tegang dan hangat apabila Shahida yang juga menantu kepada Rozita turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Rebecca yang disifatkan sebagai lebih sudu dari kuah.

Selain itu, anak Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Shahida.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN