Raya Dipelukan Mak, tiba masa orang terokai sisi saya yang lain - Ryan Bakery - Utusan Malaysia

Raya Dipelukan Mak, tiba masa orang terokai sisi saya yang lain – Ryan Bakery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tampil dengan drama pendek arahan sulungnya yang berjudul Raya Dipelukan Mak, pelakon dan pempengaruh popular tanah air, Ryan Bakery, terharu kerana karyanya itu mendapat sambutan ramai.

Menurut Ryan, idea untuk menghasilkan filem pendek ini sudah ada sejak beberapa tahun yang lalu sementelah dia melihat ramai rakan-rakan terdekat menghasilkan drama pendek raya sebelum ini.

“Selama ini orang hanya nampak kepada sisi lawak saya sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya mencari dan meneroka sisi lain dengan terhasilnya Raya Dipelukan Mak.

“Melalui idea yang ada, kita kembangkan lagi jalan cerita agar lebih menarik sehingga naskhah ini disiapkan sepenuhnya,” kata Ryan yang mendapatkan khidmat Marr Mohamad sebagai penulis skrip.

Jelas Ryan lagi, apa yang cuba disampaikan di dalam filem pendek ini merupakan isu biasa namun sering melanda hubungan sesama ahli keluarga.

“Ada banyak mesej yang saya cuba sampaikan di dalam karya ini. Anak-anak mungkin berhati-hati dalam menjaga hati orang tua tetapi dalam masa yang sama mereka sebenarnya sedang melukakan hati orang tua.

“Kisah sebegini memang banyak terjadi dalam kalangan kita tanpa disedari.

“Saya harap mesej ini sampai kepada mereka yang menonton seterusnya membawa kebaikan kepada semua,” katanya.

Selain Ryan, pelakon lain yang terlibat dalam Raya Dipelukan Mak terdiri daripada Khatijah Tan, Ellie Suriaty Omar, Fendi London, Uyaina Arshad, Adriana Adnan, Dafi dan To’ Puan Syamim Freida.

Turut serta, Badron Munirah, Farihin, Wanchai, Adam Bakery, Black, Riev Wafa, Rushdan Wafa selain kemunculan istimewa isteri Ryan, Eliya Ibrahim.

Raya Dipelukan Mak diterbitkan oleh Ryan dan Elyias Omar, telah mula ditayangkan mulai 27 Mac, 6:30 petang menerusi saluran YouTube Ryan Bakery.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN