Gambar disunting, makin lama makin menakutkan - Yuna - Utusan Malaysia

Gambar disunting, makin lama makin menakutkan – Yuna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yuna, meminta orang ramai melaporkan pautan yang menggunakan fotonya untuk tujuan penipuan.

Tegas Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 37, dia menafikan terlibat dengan berita palsu yang dinyatakan dalam pautan artikel bertajuk ‘Seluruh negara terkejut dengan berita semalam. Yuna mengucapkan selamat tinggal kepada kehidupan normalnya’.

“Ramai yang hantar iklan kecerdasan buatan (AI) ini. Mula-mula rasa kelakar, tapi lama-kelamaan, mereka mula muat naik gambar baharu.

“Ini sangat menakutkan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, Yuna turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya atau menekan pautan yang dikongsikan.

“Boleh tak anda semua bantu saya untuk laporkan setiap kali anda melihat pautan ini? Ini sangat serius.

“Tolong jangan tekan pautan tersebut. Tak tahu kenapa Harith Iskander juga disebut dalam artikel yang sama,” tulisnya.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Yuna menyatakan kebimbangan apabila ada pihak yang menyunting fotonya.

Sebelum ini, artis tersebut pernah berkongsi foto palsu memaparkan kononnya penyanyi itu digari dan diiringi beberapa anggota polis.

Pelawak, Harith Iskander juga berkongsi perkara sama di akaun Instagram rasmi miliknya mengingatkan orang ramai bahawa termu ramah dalam artikel berkenaan tidak pernah wujud.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya