Latar belakang London, Perit Jerih buah tangan terbaharu Masdo - Utusan Malaysia

Latar belakang London, Perit Jerih buah tangan terbaharu Masdo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setelah lagu Pujaanku mendapat tempat di hati masyarakat setahun yang lalu, Masdo kini kembali lagi dengan single terbaru berjudul Perit Jernih sebagai buah tangan kepada peminatnya.

Vokalis Masdo, Ali Sariah berkata, kesepakatan itu sebenarnya datang dari idea mereka bagi menaikkan semangat masyarakat untuk terus menyokong muzik yang berkonsepkan ‘retro vibe’.

Katanya, single terbaru ini juga merupakan hasil ciptaan mereka sendiri dan diterbitkan oleh syarikat rakaman terkemuka tanah air, Warner Music Malaysia.

“Tajuk lagu ini sebenarnya membawa maksud susah payah yang secara umumnya berkisarkan mengenai mereka yang merasa kehilangan seseorang yang disayangi dan menjadikan ia sebagai penguat untuk meneruskan kehidupan,” jelasnya.

Ujarnya, single terbaru yang dilakukan itu hanya mengambil masa selama dua minggu sahaja untuk disiapkan sepenuhnya.

Gitaris Masdo, Asmawi turut berkata, penggambaran video muzik (MV) bagi lagu tersebut itu dilakukan di sekitar kota London.

“Secara kebetulannya kami dijemput untuk membuat persembahan di London, lantas kami mengambil peluang yang sedia dengan melakukan penggambaran di sana.

“Kami juga memberi sepenuhnya kebebasan kepada pengarah berbakat, Aqil Muaz untuk mengarang konsep jalan cerita yang menarik supaya dapat memukau lebih ramai lagi penonton di seluruh dunia,” kata Asmawi.

Tambahnya, Masdo juga akan turut mengadakan siri konsert jelajah di sekitar Malaysia, Indonesia dan Singapura bagi memperkenalkan album terbaru di samping dapat menyambut ulang tahun kumpulannya yang ke-10, sejak 2015.

Kumpulan Masdo ini merupakan kumpulan yang memperjuangkan muzik retro sejak 2015 dan dianggotai oleh Ali Sariah (vokalis), Putu Ceri (bass) dan Asmawi (gitaris).

Antara lagu yang masyhur di bawah nama kumpulan tersebut ialah ‘Bunga’, ‘Bercanda di Malam Indah’, ‘Dinda’ dan ‘Pujaanku’.

Kugiran ini juga turut mengeluarkan album pertama mereka iaitu Selamat Tinggal Pujaan pada November 2017 dan album keduanya iaitu Jalan Abbey pada Januari 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya