Filem Sheriff raih kutipan RM60.5 juta - Utusan Malaysia

Filem Sheriff raih kutipan RM60.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan, filem aksi karya pengarah, Syafiq Yusof Sheriff kini telah meraih kutipan sebanyak RM60.5 juta sejak mula ditayangkan pada 19 April lalu.

Jumlah tersebut sekaligus membuktikan bahawa filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu kekal mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.

Berita gembira itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Astro Shaw semalam.

“Alhamdulillah, filem Sheriff telah mendominasi pawagam di Malaysia dengan kutipan RM60.5 juta.

“Terima kasih buat semua yang telah menyokong filem nombor satu Malaysia 2024. Menerusi tanda pagar DemamSheriff, ia dah mampu pecahkan panggung!” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat yang menonton filem lakonan, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan ini memberikan respons positif terhadap kualiti dan jalan cerita filem tersebut.

Bukan itu sahaja, penonton juga memuji karya luar biasa Syafiq ini yang turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.

Filem Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya