Bintang From Saga With Love 2 bertemu Gabenor di Jepun - Utusan Malaysia

Bintang From Saga With Love 2 bertemu Gabenor di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jepun : Musim kedua drama bersiri Viu Original, From Saga With Love 2 menyuntik tuah buat barisan pelakon drama tersebut apabila kesemua mereka berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Gabenor Saga, Yoshinori Yamaguchi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Viu, pertemuan tersebut berlangsung di ibu pejabat kerajaan Saga sehari sebelum penggambaran drama berkenaan dimulakan pada 16 Mei lalu.

Selain pelakon iaitu Siti Khadijah Halim, Ikmal Amry, Fimie Don, Sophia Albarakbah dan Hun Haqeem, sesi pertemuan tersebut turut dihadiri Pengarah drama, Umi Salwana, Penerbit, Lina Tan, Pengarah Produksi Viu, Imillya Irwani Roslan serta Ketua-Ketua Bahagian Pentadbiran Saga, wakil Saga Film Commission, jurubahasa dan media tempatan.

Kedatangan para pelakon dan pihak produksi From Saga With Love 2 disambut baik oleh Yoshinori yang turut menyatakan sokongan beliau terhadap penggambaran drama bersiri ini.

“From Saga With Love musim pertama telah menerima maklum balas yang sangat baik dan saya sangat teruja menantikan sequel drama bersiri ini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon, Siti Khadijah, turut menyatakan keterujaannya apabila diberi peluang terbabit menjayakan drama ini sekali lagi bersama barisan pelakon lain.

“Saya sangat gembira apabila dapat kembali semula menjalani penggambaran di Saga. Ini merupakan sumbangan kecil saya dalam mengukuhkan lagi hubungan baik antara Saga dan Malaysia,”katanya.

Difahamkan, selain berkongsi pendapat, sesi pertemuan itu juga menyaksikan mereka bertukar-tukar cenderahati bersama Gabenor.

Selain itu, seluruh pasukan produksi juga berbesar hati kerana pertemuan tersebut turut mendapat liputan meluas daripada media dari negara Jepun antaranya NHK TV, Saga TV, Bunbun TV, Saga Shimbun dan Asahi Shimbun.

From Saga With Love musim kedua bakal menemui penonton pada Oktober ini melalui aplikasi Viu, yang tersedia untuk dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Galeri Aplikasi Huawei dan TV pintar terpilih, serta di web www.viu.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya