Berbakat, baik hati, Alif Satar kenang Allahyarham Nabil Mentor - Utusan Malaysia

Berbakat, baik hati, Alif Satar kenang Allahyarham Nabil Mentor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pengacara, Alif Satar, menyifatkan Allahyarham Nabil Zamanhuri atau lebih dikenali sebagai Nabil Mentor sebagai seorang penyanyi yang sangat berbakat dan baik hati.

Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran di Instagram hari ini selepas mendapat perkhabaran mengenai Nabil yang meninggal dunia pada pukul 9 pagi tadi.

“Semasa kami memulakan kerjaya pada tahun 2006, awak adalah antara artis pertama yang berjaya mencipta nama. Saya sangat berbangga menjadi antara sahabat awak.

“Saya akan sentiasa ingat momen-momen kita berpeluang menggembara di jalanan semasa usia remaja kita. Masih saya ingat, Nabil sangat berbakat, mampu menyanyi dan menari dan dia buat semua itu dengan sangat semula jadi.

“Memang ternyata dia sangat berbakat. Apa pun, hatinya yang baik dan budinya yang membuatkan saya akan mengingatinya sentiasa,”katanya.

Hantaran itu turut disambut dengan perasaan sayu dah sedih oleh kalangan artis lain yang mengenali Allahyarham Nabil.

Antara yang memberikan respons ialah penyanyi dan komposer Asfan Shah yang juga menyifatkan arwah sebagai seorang rakan yang bajik.

“Allahummaghfirlahu Warhamhu wa’afihi wa’fuanhu. Masih saya ingat kita sama-sama sertai konsert jelajah dulu. Kawan yang sangat baik dan merendah diri,”katanya.

Selain itu, rakan artis lain yang turut menyampaikan ucapan takziah termasuk Anuar Zain, Neeta, Fazli Zainal, Ila Damia, Daler Yusuf, Beto Kusyairy, Shamsul Ghau Ghau, Nadia Brian dan Taufik Batisah.

Difahamkan, bekas peserta Mentor itu meninggal dunia akibat sesak nafas dan memang dalam keadaan lemah selama ini dan dirawat di Hospital Ampang, Selangor.

Namun, punca sebenar kematiannya masih lagi dibedah siasat di Hospital Ampang dan maklumat lain akan menyusul.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang cahaya mata yang masih kecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya