Aziz Harun dedah terima gambar tidak senonoh sejak umur 15 tahun - Utusan Malaysia

Aziz Harun dedah terima gambar tidak senonoh sejak umur 15 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pernah menerima gambar tidak senonoh membuatkan penyanyi, Aziz Harun, takut untuk membuka sebarang foto yang dihantar pengikutnya di aplikasi media sosial.

Menurut Aziz, gangguan seksual berbentuk gambar lucah itu pertama kali diterimanya sewaktu masih berumur 15 tahun.

“Jika ada individu yang berkelakuan seperti ingin menggoda, tak kira lelaki atau perempuan, saya tidak akan layan. Saya tidak selesa.

“Bayangkan, gambar bogel pertama yang saya terima di media sosial ketika berumur 15 tahun. Saya terkejut dan sangat takut pada ketika itu.

“Sampai hari ini jika ada yang hantar gambar menerusi peti mesej di media sosial, saya tidak akan tekan. Pernah juga ada akaun yang spam gambar tidak senonoh, semuanya saya sekat,” katanya.

Aziz ditemui Utusan Malaysia semasa sesi fotografi bersama Pancaindera di Galeri Sofia, baru-baru ini.

Selain itu, penyanyi Ketipak Ketipung Raya itu menjelaskan, tindakan itu hanya dilakukan oleh individu yang tidak dikenali dan bukannya datang daripada kalangan peminat.

“Peminat saya sangat faham batas mereka dengan selebriti. Hubungan kami sangat rapat sebab saya rajin balas komen dan mesej mereka di media sosial.

“Namun dalam keakraban itu, mereka tidak pula melebih-lebih dan menghormati privasi saya.

“Setakat ini pun tidak pernah ada yang melafazkan cinta kepada saya kerana mereka tahu hubungan kami hanya setakat seorang artis dengan peminat,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, penyanyi asal Brunei itu sedang sibuk menghasilkan sebuah mini album yang akan memuatkan enam lagu.

Album yang tidak didedahkan judulnya itu dijangka menemui pendengar tahun ini.

“Saya beri sedikit bayangan tentang album itu iaitu galau. Saya tidak kisah jika dipanggil jejaka galau sebab lagu-lagu saya banyak ke arah itu.

“Seperti tahun lalu, bila album ini sudah keluar, saya bakal adakan showcase juga buat peminat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya