‘Antara Pilihan’ nafas baru buat RTM - Utusan Malaysia

‘Antara Pilihan’ nafas baru buat RTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu yang tiada galang ganti menjadi mesej utama buat pengarah, Muhammad Ikhsan Sukiman untuk menghasilkan sebuah drama berjudul Antara Pilihan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ikhsan berkata, drama ini mengisahkan mengenai pilihan seorang anak terhadap kasih sayang ibu yang melahirkan.

“Kita tidak boleh memilih siapa yang bakal melahirkan atau cara kita dilahirkan sama ada secara sah taraf atau tidak.

“Kita tiada pilihan, tetapi pilihan yang kita ada ialah macam mana kita melayan mereka sama ada dengan layanan baik atau buruk.

“Adakah kita akan layan seperti seorang ratu atau hamba? Jadi itu antara pilihan-pilihan yang kita ada.

“Pengajaran yang saya nak sampaikan, pada bahagian itulah pilihan yang kita ada dalam kelakuan terhadap ibu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ikhsan berazam mahu mencuba mengubah persepsi masyarakat terhadap produk-produk drama yang dihasilkan oleh RTM.

“Unit Drama TV RTM ingin memberikan nafas baru dalam penghasilan drama iaitu bukan sebuah drama yang mengikut peredaran masa tetapi naskah yang berkualiti.

“Sempena sambutan hari ubu yang bakal disambut tidak lama lagi,terhasil sebuah drama memberi banyak pengajaran,”tambahnya.

Antara Pilihan mengisahkan seorang wanita bernama Hani yang dilakonkan oleh Siti Elizad tidak mendapat perhatian dan kasih sayang dari keluarganya selepas kematian bapanya.

Satu insiden telah berlaku menyebabkan dia membuat keputusan untuk keluar dari keluaganya dan mengambil anak angkat.

Antara Pilihan akan menampilkan barisan pelakon antaranya, Siti Elizad, Aidil Aziz, Qi Razali, Amyza Aznan dan Siti Ainina Ahmad.

Drama ini bakal mengisi Slot Panggung RTM pada 11 Mei ini jam 10 malam di saluran TV1 sempena sambutan Hari Ibu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya