Suara sumbang, persembahan LE SSERAFIM di Coachella dikritik - Utusan Malaysia

Suara sumbang, persembahan LE SSERAFIM di Coachella dikritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA : Penampilan sulung kumpulan sensasi Korea Selatan, LE SSERAFIM di festival muzik terbesar Amerika Syarikat, Coachella telah mengundang kritikan daripada pengunjung gara-gara kelemahan vokal.

Dalam persembahan pada Sabtu lalu, LE SSERAFIM menyanyikan lagu hit mereka dalam album ‘Unforgiven’ di samping membuat kejutan memperkenalkan karya terbaharu berjudul ‘1-800-hot-n-fun’.

Bagaimanapun, kemunculan mereka tidak mendapat sambutan baik apabila rata-rata pengunjung berpendapat vokal kumpulan yang dianggotai oleh Kim Chaewon, Sakura, Huh Yunjin, Kazuha, dan Hong Eunchae itu sangat lemah dan sumbang.

“Ucapan tahniah patut diberikan kepada kumpulan ini kerana berjaya ke Coachella dalam tempoh singkat. Tapi mereka gagal membuktikan kebolehan vokal,” tulis satu komen.

“Mereka tidak berhenti menari sehingga pertengahan persembahan. Itu bagus, namun nyanyian mereka mengecewakan terutamanya lagu ‘Smart’,” kata seorang peminat.

Video nyanyian kumpulan yang mula debut pada tahun 2022 itu juga turut tular di media sosial membuatkan warganet membandingkan persembahan mereka dengan kumpulan Korea Selatan yang pernah membuat persembahan seperti Blackpink.

Beberapa pengunjung turut menganggap, persembahan Blackpink di pentas yang besar itu diingati ramai kerana mereka telah menimba berpengalaman daripada siri jelajah konsert mereka.

Namun begitu, hari ini, agensi bakat LE SSERAFIM, Source Music mengeluarkan sebuah kenyataan memaklumkan persembahan artis mereka di Coachella sebagai satu kejayaan.

“LE SSERAFIM berjaya mengadakan persembahan sulung di Coachella dan para pengunjung sangat menikmati persembahan mereka dengan memberi sorakan yang padu,” katanya.

Terdahulu, antara artis berkumpulan Korea Selatan yang pernah membuat persembahan di Coachella ialah 2NE1, Aespa, dan Blackpink.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya