'Perang' lagu raya bagai tak nak kalah - Utusan Malaysia

‘Perang’ lagu raya bagai tak nak kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kurang dari seminggu, umat Islam bakal menyambut Hari Raya. Setiap tahun, penyanyi di Malaysia akan menghasilkan lagu raya tanpa gagal buat peminat mereka. Tahun ini sudah pasti, pendengar menantikan lagu-lagu raya terbaru dari penyanyi pilihan mereka.

Bahang kehangatan dapat dirasai apabila penyanyi di Malaysia mula berperang antara satu sama lain dengan menyajikan lagu-lagu raya yang menepati citarasa pendengar zaman sekarang.

Tahun ini sahaja sudah ada beberapa lagu yang berjaya menambat hati pendengar seperti Ketipak Ketipung Raya (Aishah Retna & Aziz Harun), Alamak Raya Lagi (DeFam) dan banyak lagi.

KETIPAK KETIPUNG RAYA

Gandingan Aishah Retno dan Aziz Harun dalam lagu raya terbaru 2024, Ketipak Ketipung Raya dengan lirik lagu ‘ketipak ketipung sayang, baju raya dah beli ke sayang’ telah menjadi sohor kini di media sosial. Lirik dan lagu ditulis oleh Aishah Retno, Aziz Harun dan Glowrush. Muzik video yang dikeluarkan pada 22 Mac 2024 telah mendapat lebih 718 ribu penonton di Youtube Aishah Retno. Lagu ini berada di carta kedua muzik di Youtube.

ALAMAK RAYA LAGI

Kumpulan De Fam yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana turut melancarkan lagu Alamak Raya Lagi sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Lagu ini turut menjadi ikutan bukan sahaja rakyat di Malaysia malah sehingga pengguna TikTok di Korea. Lirik dan lagu diterbitkan oleh Faithful Publishing.

HAHAHAHAHARI RAYA

Seterusnya, lagu raya Baharu yang popular ialah HAHAHAHAHari Raya nyanyian Ernie Zakri. Lirik dan lagu ditulis oleh Mage, Ajay Amai, Ernie Zakri ini berada di carta ke enam YouTube.

HARI RAYA

Lagu bertajuk Hari Raya yang dinyanyikan oleh Hael Husaini antara lagu raya terbaharu bagi 2024. Lirik lagu ini ditulis oleh Hael Husaini & Iqie Hugh. Lagu raya berentak Bhangra mendapat perhatian kerana rentaknya seperti filem Tamil. Menariknya, Hael turut tampil dengan satu lagi Raya Kita Raya untuk tahun ini.

RAYA DI RUMAH DINDA

Kumpulan XPOSE dan penyampai radio,Dina Nadzir telah bekerjasama mengeluarkan lagu raya bertajuk Raya i Rumah Dinda. Lirik lagu ditulis oleh Eppy XPOSE dan Taqim EXPOSE ini berada di tempat ketiga carta muzik YouTube. Raya Di Rumah Dinda” boleh dimuat-turun di iTunes dan strim menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, YouTube Music dan Spotify.

JALAN JALAN HARI RAYA

Lagu raya terbaru, Jalan-jalan Hari Raya yang dinyanyikan oleh Aina Abdul turut mendapat pujian rata-rata pendengar kerana rentak muzik yang ‘catchy’. Penulis lirik oleh Aina Abdul dan Ezra Kong.


RAYA MANA?

Lagu ‘Raya Mana?’ nyanyian Nabila Razali berada di kedudukan keempat muzik di YouTube. Lagu ini ditulis oleh Ezra Kong. Seramai 652 ribu yang telah menonton muzik video hasil ‘Raya Mana? Dance Challenge’ oleh Nabila Razali dan pempengaruh TikTok, Aizat Saha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya