Pengikut kekasih gelap Aliff Aziz mencanak naik - Utusan Malaysia

Pengikut kekasih gelap Aliff Aziz mencanak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Selepas membuat pendedahan mengenai dirinya merupakan kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, akaun instagram milik Sarah Yasmine telah mendapat perhatian ramai warganet.

Menerusi Instagram milik wanita itu, pengikutnya mula meningkat sebanyak 41,000 selepas pendedahannya menjadi tular di media sosial.

Malah, dia dan isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah dilihat turut saling mengikuti antara satu sama lain di platform yang sama.

Sementara itu, ibu kepada Bella, Siti Zarina Astillah mendakwa anaknya tidak tahu tentang kewujudan wanita yang membuat pengakuan sedemikian.

Terdahulu, dalam pendedahan yang dibuat oleh Sarah Yasmine, dia mendakwa telah menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak Januari lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan olehnya, wanita itu mendakwa pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff sebelum ini mempunyai motif untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Selain itu, dia turut medakwa pelakon wanita itu berniat untuk menjatuhkan Bella berdasarkan bukti perancangan yang dilakukan oleh pelakon itu yang disimpan olehnya.

Untuk rekod, Bella Astillah telah memfailkan permohonon cerai secara ekspress terhadap Aliff Azizi pada 13 Mac lalu selepas suaminya ditangkap khalwat di sebuah kondominium di ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya