Ahli keluarga Eyra Hazali antara mangsa nahas helikopter terhempas - Utusan Malaysia

Ahli keluarga Eyra Hazali antara mangsa nahas helikopter terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Eyra Hazali, memaklumkan ahli keluarganya merupakan antara mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, pagi tadi.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh pelakon Mr. Gray itu menerusi sebuah satu hantaran di media sosial sebentar tadi.

“Al-fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter.

“Salah seorang mangsa adalah suami sepupu saya, LT Kdr Wan Rezauden Kamal bin Wan Zainal Abidin,” tulisnya.

Bersimpati dengan tragedi yang berlaku, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli itu turut memanjatkan doa kepada mangsa nahas.

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tambahnya.

Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.

Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.

Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.

Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya