Tidak tunggu produksi, Qistina Raisah carum KWSP sendiri - Utusan Malaysia

Tidak tunggu produksi, Qistina Raisah carum KWSP sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon remaja, Qistina Raisah, 15, mengambil inisiatif mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setiap bulan sejak mula bekerja dalam industri seni.

Usaha itu dilakukan atas nasihat ibu, Roszana Aminduddin, memandangkan syarikat produksi tidak pernah melakukan caruman sepanjang pelakon itu bekerja.

“Setakat ini memang tiada caruman daripada mana-mana produksi. Tapi atas bimbingan ibu, saya mencarum KWSP sendiri sejak mempunyai pendapatan hasil lakonan.

“Pesannya, caruman ini penting agar saya boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa seandainya dia sudah tiada nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Surat Dari Tuhan itu juga telah mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk memberi perlindungan semasa penggambaran.

“Saya juga menjadi ahli persatuan Gagasan Transformasi Anak Seni yang turut mendaftarkan saya untuk perlindungan PERKESO.

“Bagi saya, usaha ini pun sangat bagus untuk pelakon muda seusia saya,” tambahnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia semalam melaporkan mengenai penggajian pelakon kanak-kanak di Malaysia yang menunjukkan 97.78 peratus syarikat penerbitan filem, drama dan seni tidak membuat caruman KWSP bagi pelakon kanak-kanak dan orang muda.

Hasil dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 73.1 peratus syarikat produksi tidak mengetahui mengenai keperluan mendapatkan lesen hiburan awam sebelum menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda.

Kebanyakan syarikat produksi melihat caruman ini tidak penting kerana pelakon kanak-kanak dan orang muda bukan sebagai pencari nafkah keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN