Terlibat kemalangan, Afieq Shazwan batal percutian ke Krabi - Utusan Malaysia

Terlibat kemalangan, Afieq Shazwan batal percutian ke Krabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Gara-gara terlibat dalam satu kemalangan, penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan, 26,terpaksa bergegas pulang semula ke Malaysia meskipun sudah tiba di Krabi, Thailand pada Rabu lalu.

Menurut Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, dia memutuskan untuk membatalkan percutian dan pulang ke Kuala Lumpur disebabkan kecederaan serta luka pada bahagian wajah, tangan dan kaki.

Penyanyi itu bagaimanapun memaklumkan dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan parah.

“Sebuah tragedi di Krabi telah berlaku beberapa hari lepas tetapi Alhamdulillah syukur tiada apa yang serius Insya-Allah.

“Jadi saya ambil keputusan untuk terus balik sebab banyak pula luka pada badan. Pulang saja semalam saya terus ke klinik,” katanya.

Afieq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, Afieq turut memuat naik foto menunjukkan kesan luka yang terdapat pada bahagian wajahnya.

Jelas Afieq, dia terpaksa terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa memberitahu keluarga mengenai punca sebenar kerana tidak mahu mereka berasa bimbang.

Namun, Afieq akur untuk berkongsi kisah sebenar dan memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat meneruskan percutian.

“Ramai yang bertanya kenapa saya fly mengejut semalam (Khamis). Tapi serba salah nak beritahu sebab tak mahu keluarga risau.

“Namun bila dah selamat sampai ke rumah rasanya saya perlu juga beritahu semua.

“Maaf kerana saya mungkin terjejas sedikit percutian kita. InsyaAllah nanti dah baik kita (rakan-rakan) berjumpa lagi. Have a safe trip balik nanti,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN