Saya tidak tahu mana perginya Nuha, Naufal - Daqmie - Utusan Malaysia

Saya tidak tahu mana perginya Nuha, Naufal – Daqmie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Susulan kejayaan lagu Casablanca, komposer, Daqmie, mengakui ada mempelawa penyanyi Nuha dan Naufal Azrin untuk merakamkan lagu baharu namun belum menerima lampu hijau daripada pengurusan mereka.

Daqmie atau nama sebenarnya Azmee Abdul Manap, 53, telah memberikan tiga buah lagu sejak setahun lalu namun masih tiada kata putus daripada wakil pengurusan.

“Selepas lagu Casablanca sampai ke Indonesia, saya ada ajak mereka rakam lagu kedua tapi tidak tahu lagi di mana forte mereka.

“Saya sudah berikan tiga buah lagu sejak setahun lalu, tapi pengurusnya kata mahu semak dahulu lagu tersebut.

“Perancangannya, selepas Casablanca, mereka akan menyanyikan single masing-masing kemudian akan kembali bernyanyi secara duo,” katanya.

Daqmie ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran album terbarunya, Ramadan 1445, di Bukit Aman, semalam.

Daqmie bagaimanapun tidak berkecil hati kerana yakin bahawa pihak pengurusan mungkin mempunyai perancangan dan strategi berbeza untuk artis naungan mereka.

“Tiada istilah berkecil hati, saya sudah lali dengan perkara ini.

“Cuma, oleh sebab tiada respons, saya sudah berikan lagu itu kepada kumpulan yang lain.

“Bagi pendapat saya, Casablanca muncul di peringkat akhir lagu Arab diterima di Malaysia. Selepas itu graf pendengar untuk muzik genre ini akan jatuh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi nasyid itu hadir dengan sebuah album terbaharu bertajuk Ramadan 1445.

Bagaimanapun album yang beruba 500 unit berbentuk pemacu kilat USB itu sudah pun terjual sepenuhnya menyebabkan Daqmie menambah kuantiti jualan sehingga 1,000 unit.

Album tersebut mengandungi 18 buah lagu termasuk 10 doa, empat lagu dendangan penuh dan empat minus one bersama kumpulan nasyid popular seperti Rabbani dan Syahmura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN