Izreen Azminda bakal timang anak keempat - Utusan Malaysia

Izreen Azminda bakal timang anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Izreen Azminda, 39, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan rezeki hamil anak keempat setelah kali terakhir menimang cahaya mata pada tahun 2021.

Menurut Izreen, dia gembira kerana kehadiran ‘malaikat kecil’ itu umpama menyuntik kebahagiaan kepada keluarga yang telah dibina sejak 2017.

Menerusi hantaran di Instagram, Izreen bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungan keempatnya itu.

“Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi tahun ini,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Izreen turut mendoakan para wanita yang sedang berjuang mendapatkan cahaya mata agar tidak berputus asa.

“Bagi yang tengok gambar ini, saya doakan buat awak semua pejuang TTC (trying to conceive) supaya dikurniakan malaikat-malaikat kecil satu hari nanti, Insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Izreen.

Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Muhamad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada Ogos 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim dan Ali Idrees.

Izreen juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Adrian Umar hasil perkahwinan terdahulu bersama Muhammad Riza Baharuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN