Hidayah tolak usaha Ali Puteh bayar baki hutang dengan motorsikal - Utusan Malaysia

Hidayah tolak usaha Ali Puteh bayar baki hutang dengan motorsikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Konflik antara pelawak Ali Puteh dan bekas kaka iparnya, Nor Hidayah Hamzah, ternyata masih belum menemui jalan penyelesaian.

Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi kronologi mengenai dakwaan dia tidak membayar duit saman kepada Hidayah.

Menerusi hantaran tersebut, jelas Ali, dia sudah pun melakukan beberapa cara untuk melunaskan bayaran hutang berjumlah RM60,000 kepada balu abangnya itu.

Antara usaha yang dilakukan sebelum ini termasuk menjual tiga buah motosikal miliknya berjumlah RM52,000 dan membayar secara ansuran.

Pun begitu, Hidayah didakwa enggan menerima cara pembayaran tersebut, sebaliknya mahukan dalam bentuk wang tunai.

Ali kemudian memaparkan perjanjian yang telah ditetapkan yang mana baki bayaran dalam bentuk wang hanyalah RM23,000 dan selebihnya bayaran boleh dilakukan dalam bentuk aset iaitu motosikal.

Dalam pada itu, Ali turut mempersoalkan tindakan Hidayah yang didakwa telah memburukkan namanya di media sosial dengan memuat naik kenyataan berbentuk fitnah.

Kata Ali lagi, dia juga sedang berusaha mengumpul wang dengan cara menjual sambal petai yang diusahakan untuk membayar baki saman tersebut.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya