Artis bersatu selamatkan madrasah - Utusan Malaysia

Artis bersatu selamatkan madrasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKAN mahu menunding jari atau menyalahkan sesiapa, namun itulah hakikat yang dihadapi pihak madrasah
khususnya sekolah pondok dan mahad tah z berkenaan masalah kewangan.

‘Hidup dan bernafas’ atas sumbangan serta belas ihsan pihak lain. Keadaan itu amat
menyukarkan apatah lagi jika sumber kewangan yang diterima tidak cukup untuk menampung perbelanjaan
pelajar-pelajar mereka.

Justeru, madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) terpaksa berdikari mencari dana untuk
meneruskan kelangsungan penghuninya yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak
yatim, fakir miskin serta anak mualaf dan terbiar.

Pelantikan Ali XPDC sebagai duta Al-Muqwa pada tahun 2020 telah membuka ruang positif apabila dia mencetuskan idea menjadikan konsert bertemakan Islamik sebagai jalan untuk mendapatkan
dana.

Konsert yang membariskan artis dan selebriti antaranya Ijam Medicine, Iwan Syahman, Kieran dan Faizal
Ismail pada 26 Februari 2022 di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang lalu dilihat cukup berjaya dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

Menurut Mudir Al-Muqwa, Ustaz Amran Johari apa yang mereka mahukan adalah semata-mata untuk melihat
madrasah ini terus kekal dan mampu diuruskan dengan baik untuk kegiatan harian penghuninya.

“Madrasah ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penghuni di sini, namun kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini.

“Kita juga menanggung tunggakan bil utiliti dan tuntutan hutang pihak lain yang mencecah sehingga
RM80,000 untuk tempoh dua tahun. Kami tidak bayar kerana tidak mampu,” katanyapada majlis pelancaran malam amal tersebut bertempat di Restoran Sri Kunyit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, keadaan menjadi semakin parah apabila kebelakangan ini mereka sering terputus bekalan
makanan sehinggakan terpaksa melakukan pelbagai cara dan kaedah untuk menampung kos di madrasah ini.

“Alhamdulillah pada tahun 2022, kami berjaya mengumpul lebih kurang RM160,000, Jadi Ali XPDC
mencetuskan idea untuk kami menganjurkan program buat kali kedua pada tahun ini.

“Pada majlis kali ini kami sasarkan kutipan sebanyak RM1.3 juta memandangkan pengurusan madrasah
memerlukan lebih kurang RM13,000 setiap bulan untuk terus hidup,” ujarnya.

Selain menjual meja untuk program ini, madrasah juga akan membuka ruang di bahagian luar dewan dengan
mengenakan RM200 setiap seorang di mana mereka boleh menonoton konsert tersebut melalui skrin gergasi yang disediakan.

Majlis Makan Malam Kasadaran Amal yang bakal berlangsung pada sabtu, 17 Februari 2024 ini akan diadakan bermula pukul 6 petang sehingga 11 malam di MBSA Convention Centre, Shah Alam.

Konsert tersebut bakal menampilkan Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi Wow, dan Anjang Terrarosa
beserta Mawi dan Faisal Ismail yang bertindak sebagai pengacara.

Menariknya pada malam itu penonton bukan sahaja dihiburkan dengan lagulagu popular setiap artis
tetapi turut disajikan dengan persembahan selawat, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta perkongsian pengalaman artis-artis yang telah berhijrah.

“Kita juga akan kumpulkan koleksi barangan artis-artis untuk jualan lelong amal dimana semua hasil kutipan disalurkan sepenuhnya kepada madrasah Al Muqwa.

“Kita menyeru kepada mana-mana rakan artis yang berminat membantu untuk turut serta menyumbang dalam apa juga bentuk seperti pakaian atau koleksi peribadi yang ingin dilelong pada malam itu sebagai dana kepada madrasah,” sambungnya lagi.

Harga meja yang ditawarkan adalah RM3000 (Bronze), RM5000 (Silver) dan RM8000 (Gold).Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi 0126212582, 0162446567,0163753117, 0176396368, 0165526500 atau
01135699515.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya