Selepas cerai, Sophie Turner berani tayang kekasih baharu - Utusan Malaysia

Selepas cerai, Sophie Turner berani tayang kekasih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Selepas beberapa bulan dikaitkan dengan gosip percintaan, bintang drama bersiri popular, Game of Thrones, Sophie Turner, kini terbuka berkongsi gambarnya dengan aristokrat, Peregrine Pearson atau dikenali sebagai Perry di media sosial.

Perkara itu sekali gus menyaksikan Sophie sedang memberikan ‘pengesahan’ kepada semua pihak bahawa dia kini sememangnya menjalin hubungan cinta dengan Perry.

Ia terutama selepas bekas isteri anggota kumpulan The Jonas, Joe Jonas itu didakwa telah dilihat peminat berjalan berpegangan tangan dengan Perry sewaktu berada di Paris dan London tiga bulan lalu.

Sophie juga dikatakan sudah mula menjalin hubungan baharu selepas berpisah dengan Joe pada September tahun lalu.

Terdahulu, Sophie membuat perkongsian dengan umum bahawa perkahwinannya dengan Joe tidak dapat lagi diselamatkan setelah empat tahun bergelar suami isteri.

Hasil perkahwinan itu, Sophie dan Turner dikurniakan dua orang anak iaitu Willa, 3, dan seorang lagi anak yang tidak dikongsikan namanya kepada umum yang kini berusia 18 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN