Saya juga mahu berkahwin dan punya anak - Sophia Albarakbah - Utusan Malaysia

Saya juga mahu berkahwin dan punya anak – Sophia Albarakbah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pelakon, Sophia Albarakbah, 31, mengakui terpaksa melupakan impiannya untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu bagi memberi fokus kepada kerjaya lakonan.

Malah, kata Sophia, kegagalan hubungan percintaan lalu juga sedikit sebanyak meninggalkan perasaan trauma kepada pelakon itu untuk menjalin cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

“Sebelum ini saya risau juga, maklumlah umur makin meningkat. Namun tipulah kalau saya tak rasa mahu ada keluarga dan ada anak.

“Entah kenapa belakangan ini,  tiba-tiba rasa macam tak mengapalah, lupakanlah dahulu perasaan nak berkahwin itu. 

“Jujurnya, ada sedikit trauma dengan perhubungan lalu, namun itu bukanlah faktor utama. Bukan serik, namun perkahwinan bukanlah keutamaan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. 

Selain itu, kata pemenang Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 kategori Aktres Filem Popular ini lagi, meskipun ada beberapa  jejaka yang mencuba nasib, namun hatinya masih belum terbuka untuk bercinta.

“Tak dinafikan, ada yang mendekati, tapi saya tidak berminat. Berkenaan jodoh saya tak fikir. Tahun ini memang nak  beri keutamaan sepenuhnya kepada kerja. 

“Saya tidak pula mencari dan berfikir mengenainya. Untuk 2024, saya akan ada banyak filem dan drama yang tak sabar ingin dikongsikan kepada penonton,” jelasnya.

Terdahulu, Sophia menjalin cinta dengan seorang jejaka yang juga seorang doktor namun tidak pernah mendedahkan butiran lelaki tersebut kepada umum. 

Sekitar September tahun lalu, Sophia akhirnya membuka mulut mendedahkan hubungannya dengan jejaka dipanggil Mr. Doctor sudah berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya