Konsert Milenia diteruskan, penganjur enggan dilabel scammer - Utusan Malaysia

Konsert Milenia diteruskan, penganjur enggan dilabel scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas berdepan dengan kontroversi tiga kali penangguhan,  Konsert Milenia akan diteruskan pada tarikh baharu iaitu pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.

Menurut Pengarah Urusan Mission Sight Sdn. Bhd., Jeffri Yaacob, pihaknya berdepan dengan cabaran yang besar dalam usaha menganjurkan konsert ini termasuk dilabel sebagai scammer oleh segelintir pihak.

“Kami berdepan dengan cabaran besar untuk mendapat kelulusan permit termasuk  faktor luar jangka yang tidak dapat dielakkan sebelum ini. 

“Sekarang beberapa proses akhir sedang dilakukan dan mahu atau tidak, kami terpaksa teruskan juga demi menepis dakwaan dan tohmahan serta tidak mahu dilabelkan sebagai scammer atau penganjur hangat-hangat tahi ayam,”katanya.

Selain itu, jelas Jeffri, dia juga pernah melalui episod hitam apabila menjadi mangsa scammer oleh konsultan yang dilantik untuk menjayakan konsert sebelum ini.

“Saya pernah menjadi mangsa scammer oleh konsultan yang dilantik dan kini saya difahamkan kes ini telah menunggu pertuduhan untuk didakwa dan saya sangat berharap keadilan dapat ditegakkan. 

“Saya sangat berharap kes ini disegerakan supaya  mereka menerima hukuman di atas jenayah penipuan yang  telah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 dan itu tidak termasuk kerugian tempahan artis, lokasi , pemasaran dan upah kerja yang pastinya berlipat kali ganda.

“Namun saya tetap berjuang demi memastikan apa yang saya mulakan pasti ingin disudahkan dengan sebuah kejayaan,”katanya.

Berikutan itu, jelas Jeffri,pihaknya cuba memperbaiki kelemahan yang ada dari masa ke semasa selain menganggap apa yang terjadi merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Kami banyak belajar daripada apa yang berlaku. Maka untuk tidak menghampakan semua peminat dan penonton, kami memberi potongan harga sebanyak 50 peratus  untuk dua tier iaitu Standing Milenia kini hanya RM109.00 dan Standing koplo RM99.00.

“ Kami mahu memberi kepuasan maksima kepada semua peminat dangdut yang diharap dapat menyokong artis-artis kesayangan mereka menerusi kehadiran mereka.

“Kepada pembeli sebelum ini, kami akan pulangkan wang sebanyak 50 peratus  itu semula seminggu selepas konsert untuk keadilan semua pihak,”katanya.

Dalam pada itu, Jeffri menaruh keyakinan Konsert Milenia ini berjaya menambat hati penonton dengan suntikan trend muzik dangdut yang diremixkan di Tiktok selain mengangkat semula nama diva-diva dangdut yang terlibat.

Antara artis yang bakal terlibat dalam konsert ini ialah Amelina, Mas Idayu, Ani Mayuni, Baby Shima selain artis Indonesia iaitu Hesty, Rheyna Morena, Thomas Arya serta dua DJ jemputan, DJ Ace dan DJ Bob Arjuna.

Selain Standing Milenia dan Standing Koplo,  Zon VIP Seating Gold dijual pada harga RM 279.00 manakala Zon Free Seating Diamond RM 239.00.

Selain itu,  Zon VVIP Box memuatkan 8 orang termasuk meet and greet, cenderamata dan makan malam bufet serendah RM 4,499.00 turut boleh dibeli segera di ticket 2u.com

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya