Aku tak pernah jumpa Fizi tapi rasa nak peluk kau - Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

Aku tak pernah jumpa Fizi tapi rasa nak peluk kau – Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Hanya yang lalui akan faham,”

Demikian respons yang diberikan pelakon, Sharnaaz Ahmad, terhadap nasib yang menimpa rakan selebriti dan penyampai radio Fizi Ali apabila dipisahkan dengan anaknya, Ameena Sofia.

Menurut Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, tiada bapa yang rela dipisahkan dengan darah daging sendiri terutamanya anak kandung.

“Aku tak pernah jumpa Fizi, tetapi aku akan peluk kau.

“Aku tidak mahu tahu betul atau salah, tetapi jangan sesekali pisahkan (bapa dan anak). Apa-apa pun alasannya,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram, hari ini.

Terdahulu, pada pagi tadi berlangsung sebutan kes hak penjagaan (hadanah) anaknya, Ameena Sofia, di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam.

Proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Prosiding seterusnya akan dijalankan pada 22 Februari depan iaitu sesi sebutan di hadapan pendaftar kes berkenaan.

Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakila pada 18 Februari 2018 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena.

Namun perkahwinan mereka sekadar bertahan selama tiga tahun apabila keduanya memutuskan untuk bercerai pada Disember 2021.

Fizi pada 23 Oktober tahun lalu mengumumkan perkahwinannya dengan Zulaikha yang merupakan rakan perniagaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya