KUALA LUMPUR : Kembali lagi sebagai sebuah acara tahunan yang dinanti-nanti, Festival Neon Countdown 2023 menyaksikan Thailand buat kali kedua dipilih sebagai tuan rumah bagi meraikan sambutan malam tahun baru yang akan diadakan bermula 29 hingga 31 Disember ini.
Bertempat di Wonder World Extreme Park, Bangkok, festival terbesar di Asia itu akan menampilkan barisan selebriti dan DJ terkemuka antarabangsa seperti Charlotte De Witte, Hardwell, DJ Snake, Artbat, Blasterjaxx, Andrew Rayel dan ramai lagi.
Tidak cuma itu, penonton juga berpeluang untuk melihat persembahan penyanyi dan DJ popular dari Britain, John Newman serta penampilan eksklusif Axwell dan Ingrosso daripada Swedish House Mafia yang akan dibawakan khas untuk acara ini.
Selain simfoni muzik, pengunjung dan penonton juga akan dihiburkan dengan pengalaman menarik seperti Neon Garden, Neon Wall, Neon Tribe dan Neon Playground.
Turut disediakan ialah Neon Downtown di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai menu makanan dari seluruh dunia selain Neon Beauty Bar yang akan memberikan pengalaman berbeza buat mereka yang menyerlahkan sisi artistik mereka.
Bagi mereka yang inginkan pengalaman hebat dan luar biasa semasa meraikan ambang tahun baharu ini, jangan lupa untuk mendapatkan pas Neon Premium GA (PGA) untuk menikmati pelbagai faedah istimewa yang turut merangkumi laluan masuk khas VIP, zon berdiri yang eksklusif serta cenderahati menarik untuk dibawa pulang.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh ikuti laman sesawang https://www.neoncountdown.asia atau emel [email protected]